Wednesday, December 8, 2010

Jom Baca...

Kepada yg masih SINGLE
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg SEMPURNA, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL
Jgn katakan AKU CINTA PADAMU! bila kau tidak benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung UNTUK MENERIMANYA saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI
Sakit patah hati bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI

Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnya. .

Tuesday, November 30, 2010

Kenapa Aku Suka Berblogging????

Salam Satu Malaysia

Entry ini kali ni aku nak xplain napa aku suka berblogging?Cer korang baca kat sini..kalau rajin baca,kalau malas pergi buat kerja.Actually, haku ni suka la membaca satu blog yang agak femes!!sapa la xkenal mak merah the blogger kan... haku follow dia punyer blog since 2008 lagi.Masa mula2 masul keja dulu.Dari situ la bermulanya titik hitam ku berblog(cewahh..titik hitam kerrr?).Dulu la kan...sekarang nan hado nyer masa lepak2 santai2 kat pejabat, digunakan sebaik mungkinn tu beb untuk buat kerja..kalu x, ko tdo la pejabat sorang2 shamira oii..keje ko banyak melambak tu sapa nak buat???



  • First skali, Blog ni adalah hak peribadi seseorang.kita tulis apa sahaja yg kita rasa sama ada sedih,gembira,marah,kecewa dan macam2. Aku tulis blog ni bukan la berniat nak tunjuk bagus waima nak tunjuk best kat korang tentang kehidupan aku.No!No!No!(sambil angkat jari telunjuk goyang2).Aku tulis ni untuk saje suka2,xder kena mengena pun ngn sesapa!Diulang suara, TIADA KENA MENGENA NGN SESIAPA. Niat dihati tu nak jadi penulis novel, tapi cam terpikir lak...sape la nak baca novel aku nanti kan???terus la cancel niat yang suci murni tu...


  • Sebab musabab yang kedua: Malu la skit weh, kita yang tua bangka dan dewasa yang reti pasai computer dan internet ni xder blog?Oh tidak boleh trima kenyataan tu..Xkan la nak menjadi frog under coconut shield!!kan!kan!Budak2 sekolah rendah,menengah pun ada blog.Agak termalu dan terbotoi jugak bila anak buah tanya.."maklang ader blog?"(Pertanyaan dengan penuh memek muka yang agak best,coz dlm hati mesti maklang haku ni xder blog!!yes!yes!satu kredit utk aku!dapat jugak potong satu kemajuan teknologi dari maklang haku).Kes kena soal camtu la nak xnak aku rodek jugak menatang ni dan terciptanya blog haku ni...kihkihkih.Pesanan hak khidmat masyarakat: Jgn meniru sikap saya yg ni. Kurang Bagus!!!Xnak mengaku kalah dengan budak kecik..


  • Last but not least, dengan berblog ni la aku dapat mengisi masa terluang haku samada dalam perjalanan dari perlis ke shah alam ke putrajaya ke perlis xkisah la kemana saja asalkan aku bleh access internet masa dlm perjalanan...sebab tu la aku slalu usung lappy aku.bleh ja hapdate bila ada masa lapang. Lagi satu,bila aku dapat tulis blog, aku rasa satu keseronokan sbb xsemua kita akan ingt kisah kehidupan kita smpai bila2. Dengan adanya blog ni, aku dapat la baca balik nanti bila haku tua nanti..(Dah tua2 pun nak berblog lagi ke?). Haish...bawak2 la pergi masjid sama oiii...

Tu je la the reason bak kata Hoobastank, why i like blogging!!!Sekian...

Tuesday, September 28, 2010

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
















Sunday, May 23, 2010

Masuk Tariannnn!!!!!OMG...

satu citer pada satu waktu yang senja..cewahhh!!!ni aku nak citer kat korang...tajuk je dah buat org gelak guling2 utk sesapa yg kenal aku la kan...aku ni jenih yg keras cam kayu!!!bak kata org..keras cam tiang lektrik!tapi xtau la camna boleh plak terjebak ngn aktiviti mcm nii..ohh tidakk la percaya!!!niat hati tu saja ja nak join sbb nak isi masa lapang..sekali kena buat tarian utk pesembahan mlm perkhidmatan awam peringkat negeri perlis plak...masa latihan tuu ari2 duk gelak2 bila tgk diri dalam cermin sekeliling bilik..cam badutt berjoget!!!hahahaha...setiap bahagian kena antar wakil masing2..nak xnak kena la jugak sbb sapa yg pndai gi serah diri kannn!!!



Gambar yang bertudung atas ni masa saringan..saringan tu akan dipilih 10 yg terbaik utk dipersembahkan depan Raja Perlis...menari punya menari sampai tersalah step aku nii..dah tersalah step, tergelak2 plak tuu...hihihi.nasib la dapat jugak masuk senarai top ten klau x..mesti kena sekeh ngn pengurus!!bersusah payah dia uruskan kami..Tima kasih Pn. Mahani!!


Gambar kat bawah ni plak masa kejadian betul2 la..malam perkhidmatan awam tahun 2010.time tu nerbess toksah cakap la..sebab tetamu yg hadir semuanya VVIP dan VIP serta kakitangan kerajaan yg berkhidmat di Perlis..


antara penari2 yang bakal membuat pesembahan



close up skit gambar ni..tgk muka saya!!!dah macam opera dah..make up teball sbb nak naik pentas tu spotlight byk sgt..bila make up xterang,muka tak menyerlah..ntah betul ke tak xtau la sbb masa betul2 kejadian tu..xleh buat rakaman video dari jabatan kami utk simpanan..rugi kan..klau x, bleh tunjuk kat anak cucu nanti..first experience nenda masuk tarian.hahahahaha


pose ngan penari2 cilik dari Sek Keb Seri Indra..adik2 ni akan buat persembahan pembukaan..mmg pandai la dorang menari dari akak yg keras nii...hihihi..rasa nak upload video masa latihan xpun malam saringan pun xsanggup..takut korang gelak sampai pengsan sebab perosak tarian tu adalah hakuuu!!!hihi..so layankan je la gmbr2 ni..

Friday, January 1, 2010

Lamanya xhapdate blog ni..

Hyee...everybody!!!!lamanya la kan aku xhapdate blog ni..maklum la sibuk skit la skrg...