Sunday, December 25, 2011

Lunch Timeeee......






Arini mak nak hapdate sal lunch time kitaorang on last Thursday...Gila lamanya baru nak buat entry ni....hakhakhak!!Sibuk la weh..ape yang disibukkan aku pun xpasti..Korang baca la entry kot2 dapat sumber inspirasi yang nak gi lunch ke nak gi dinner ka ini ari..Serius cakap, kek-kek kat Secret Recipe ni membolehkan anda dan anda sekalian datang 2. 3 kali after this selepas mencubanya..Lagipun....Kerajaan baru saje dapat GAJI + BONUS kannnn, so mood pun happy la kan..nak plak bujang cam haku..kihkihkih....jeles takk?Takde la perabihkan duit berbelanja sakan tapi alhamdullilah la dengan pemberian bonus tu..dapat la jugak menampung dan membantu perbelanjaan yang makin bertambah ni kan...sekali sekala tak salah kalau kita nak rewardkan diri kita yang dah penat bekerja dengan sesuatu yang BESHHHHH!!!!Bak kata sorang besties la..Kak Ann!!!Secret Recipe ader promosi sempena Christmas from 1 December until 1 January 2012..tapi kami tak amik pun yang promosi tu coz kami lagi dan lagi nak tambah kalori with all cheese food...pastu kecoh satu pejabat...GEMUK!!!!



sorang budak yang sudah tak ketahanan kelaparan



Antara menu yang kita0rang order.....











*prawn macaroni with cheese dan yang satu lagi tu luper plak apa ke namanya..tapi yang pastinya memang ader cheese jugak...










*New York cheese cake








*2 glasses Apple Kasturi and 1 glass Orange Apricot Slushie








~







~







~







~








Korang layan gambar kitaorang yang bessttt kat Secret Recipe ni yerr!!Muka setelah penat bekerja 5jam bekerja....(duk dalam econ pun penat kerr!!!)






* Kak Nawal and me






*me and Kak Ann







Them....







happy with our meals...Chilll bebeh!!! Nanti kita buat lagi camni...hakhakhak.






























Nasi Ayam Paling Simple....

Cuti 3 hari xtau nak buat ape kan..Meh la cuba masak nasi ayam untuk seisi keluarga...Cara membuatnya amatlah mudah dan bahan-bahan untuk menyediakannya pun tak la rumit sangat dan yang pastinya menjimatkan kos...Sape suke..tekan like!llike!like!!..Gilo!!!ingat ni mukabuku ke??hahaha..whatever la...korang try resipi ni, klau jadi...antar umah aku sepinggan.nak alamat ker?

Bahan-bahan Utama ( 6 org mkn kot.. )
1 Ekor ayam-belah 4, bersih n tos





Bahan utk perap ayam
-4 sudu besar sos cili
-3 sudu besar kicap manis
-2 ulas garlic-tumbuk halus
-garam n gula-perasakan-elok manis skit

Bahan utk sup

-2 ulas bwg putih, ketuk
-1 btg serai-ketuk
-1 inci halia-ketuk
-1 sup bunjut

Bahan utk cili
- 3 bijik tomato masak
-3 ulas bwg putih
-3 biji cili merah
-4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
-cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
-garam n gula,-sesuaikan

Cara-cara Membuatnya:





1.Lepas bersih ayam, rebus ayam dalam air yg byk (air rebusan ayam ni nanti boleh bt sup, dan masak nasi) ADD ON bawag putih, serai yang diketuk, dan sedikit garam






2.Ayam yang direbus tadi agak dah masak terus angkat. Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.yang lebih biar dalam periuk, tambah serai dan sup bunjut. perasakan-nah! sup dah siap(biar mereneh sekejap)






3. Untuk nasi plak.. tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) THEN masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..).... basuh beras, masuk dalam rice cooker, on je rice cooker, nasi pun dh siap..JANGAN lupa ,masukkan daun pandan yg disimpul skali,baru nasi ni wangi..






4.Perap ayam yang direbus tadi ngan Bahan untuk perap ayam ADD ON bawang Putih -perasakan ngan garam dan gula...tapi biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.make sure guna penyepit n sudu,jangan guna tangan yer..coz bahan perap ayam ni kita leh buat sos kicapnya..






5.Untuk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..






6.Dah agak 1/2 jam. goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil






7.Untuk sos kicap plak-ambik bahan perapan ayam tadi, tapis n tambah kicap jika perlu. perasakan.






8.Bleh makan ngan timun, salad dan tomato hiris. senang je kan.. rasa pun lain dari yang lain.. try la klau x pecaya








credit to city di myresipi.com coz bagi resipi yang senang nih!!!

Wednesday, December 21, 2011

Checklist before year end....

Hye readers...


everyday countem year end..xtau la napa.rasa cepat sgt tahun 2011 ni berlalu...taun depan naik lagi wehh satu angka usia..itu yg xleh terima kenyataan..naik satu usia tapi masih SINGLE but NOT AVAILABLE!!!camner tu nak clasified?hehehe


Nak hampir2 penghujung tahun ni...ape korang nak buat utk the next cuti 3 ari yang akan kunjung tiba ni?Aku cam biasa la kan...life as usual nak FINALLLLLL XZAM niii...mak aihhh...baca buku Ethnic,ingat Corporate...study corporate ingat portfolio...lama2 biul otak..ehh mintak2 simpang la coz i've to go 32 years more to be government servant!!!!ohh lambat lagi nak pencen....


Bebel je kan aku nihh..mcm makcik2 plak...Jom tgk checklist aku kot2 korang pun ader yang tak clear lagi sebelum hujung tahun..




  • Gunting rambut yang panjang dan merimaskan nii...(xpanjang sangat pun, tapi dari kecik sampai besar..klau aku bole simpan rambut panjang,terkejut org kampung hairan anak sapa la tu)


  • Amik baju kat tailor...aku rasa tailor aku tu dah penat menunggu aku buat collection baju..dah 2 bulan siap xpegi amik lagi..sorry kak bukan sengaja, tercicir resit xtau kat mane...dah tua,warna baju pun dah xingat..camner nak gi amik


  • Hantar comforter kedai dobi...hurmm yang ni rasanya, dari tengah tahun aritu nak buat, tapi tak buat2 jugak..comforter dah bertukar kaler pun..klau campak sungai, aku rasa ikan semua naik darat....terkejut napa air tetiba keruh!!!hahaha


  • Gi Pesta Penang....ahhhh nyempat2 lagi aku ni nak pergi pesta Penang tu dengan keadaan cuaca yang sat hujan sat cerah sat mendung...macam la aku pegi tu aku nak main semua.Ah tak kira, nak pegi jugak!!!


  • Ombak Rindu..sob!!sob!!!orang dah semuanya dah nengok citer ni...tapi haku??dak tengok lagiii...mood:sentap jap la!!!


Sempat ke idakkk aku xtauu ler nak settle urusan2 niii sebelum YEAR END!!!!Mcam la tahun depan xleh buat kan..Over tullll..tapi tahun depan aku lagi la sibuk 2 kali ganda...Tunggu update kesibukan aku tahun 2012...HOKEHHHH

Monday, December 19, 2011

Sampai Syurga...

Malam ni xtau nak buat hape..search la internet tgk2 youtube kot2 ada yang best..bukak la lagu2 faizal tahir sekali terdengar lagu ni..SAMPAI SYURGA.Teringat masa kelas seminar sesi ke 3 aritu..ader la member kelas buat persembahan selama 5 minit nyanyi lagu ni..Pompuan kay yang buat persembahan tu...she's singing this song!!!memang rasa meremang la bulu roma bukan sebab takut ye cik2 puan2..tapi meremang sebab suara dia memang sedap cammmm artiss kau!!satu kelas terdiam menghayati nyanyian dia tu..she so cute and a litle size but her voice make us so terrrrrkagummm!!!rugi rasanya aku xamik video dia nak tunjuk kat korang kan..tapi xpe la..korang layan la penyanyi sebenar lagu ni...



Ku membenarkan jiwaku

Untuk mencintaimu

Ku persembahkan hidupku

Untuk bersama kamu


Dan diriku untuk kamu

Belum pernah kumerasai begitu


Semua itu telah berlalu

Harapanku palsu

Dan mungkin hari yang satu

Terus ku tertunggu


Di hatiku masih kamu

Belum pernah ku ingin terus memburu


Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu


Namun aku tetap aku

Yang terbaik untuk diriku

Hanya satu

Hanya kamu


Ku membiarkan hatiku

Untuk merinduimu

Ku menghamparkan sakitku

Untuk tatapan kamu


Bersamamu harapanku

Hilang dalam terang yang membutakanku


Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu


Sampai syurga ku menunggu

Sampai syurga ku cintamu

Hanya kamu


Dan segala yang ku ada

Ku berikan semua

Untuk dirimu saja


Ku mahu dirimu

Bahagia untuk selamanya

Biar sampai syurga

Aku menunggu cinta darimu

Agar ku sempurna


Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu

Namun aku tetap aku

Yang terbaik tuk diriku


Hanya satu


Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu


Sampai syurga ku menunggu

Sampai syurga ku cintamu

Hanya kamu



Faizal Tahir - Sampai Syurga

Sunday, December 18, 2011

Ahad...

Pagi Ahad ramai anak-anak sebut, "ahad mak, Ahad" bila maknya kejut supaya bangun Subuh, sembahyang Subuh, Ahad jugak. Entah-entah bukan budak-budak je, bapak budak pun sama. Emak budak pun sama. Anak budak apatah lagi. Bila si isteri kejut si suami...

"Bang, bangunlah bang, Subuh dah bang....."

"Ahad Mah.. Ahad"

Yalah tu..

Hei bangunnlah. Ayam dah bangun, itik dah bangun. Burung dah keluar cari makan. Semut yang ada dalam rumah tu pun tak penah tidur, tak pernah berehat. Itu semut...itu itik...itu ayam...itu burung...dia "orang" (binatang) tak reti cakap Ahad..Ahad..Ahad....


Kepada anda yang bekerja pada hari Ahad, syabas dan tahniah!!!Bukan semua orang boleh buat macam anda. Cuba ikhlaskanlah apa yang anda lakukan itu...

Credit tu:buku bertajuk Jangan Main-Main

Friday, December 16, 2011

Neno!Neno!Neno!

Bleh tumbang dan telentang dan bangun duduk balik dan tumbang sekali lagi..U know why?once again..final xzam kena satu hari 2 paper..Ya Ampunnn!!!dua2 calculation plak tu dan very-very tuff paper..silap2 aku jadi curry puff!!!ohh nan mungkin!!!
Sabar mira sabar...struggle from now!!!ish2...banana fruit two times ni wehh...sem lepas mcm ni jugak, paper teori dan sikit la calculation kena sebelah pagi dan petangnya pure calculation...dan hasilnya, last minit terpaksa la drop that paper coz xmau jadi REPEATERS!!!
Semni klau buat jugak camtu..duk nampak2 dah duit nak terbang RM400....ohhh tidakkk la. Silap2 haribulan kena sekeh sbb dah 2 kali buat perangai camtu kan...hihihi
By hook or by crook shamira, u need to sitting it and faced it!!!haishhhh....
Dah nak sgt blajar kan..kena la hadapi apa2 kemungkinan yg bakal dan akan terjadi kan...ditambah plak time final xzam ni pejabat tengah menghadapi situasi CLOSING AKAUN!!!bolehh kerr aku nak focus mcm2 hal ni...dah la mcm tu, Pejabat jugak nak berpindah ke pejabat baru diwaktu yg sama..banyakk jugak la cabaran nak final xzam kali ni!!!


D.U.G.A.A.N

Tanda Lelaki Sayang kita... :)







Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Friday, December 9, 2011

Stresss la omakkkk...

Hye u oallss...



Sori la aku xsempat nak hapdate blog aku ni..kepada readers yang rajin jenguk blog aku ni tima kasih la bebanyak...tanpa korang siapalah aku!!!cewaahhh ayat artis la pulak..


Minggu ni aku amatlah stress yang amat...manakan nak siapkan assignment coz aku ada kelas on 11hb Disember. Dah la kelas seharian dari 830pagi sampai la 630ptg..hadoiiii haiii...4 test, 3 assignment...test tu plak teori siap didatangkan ngn package lagi ada pulak calculation..No open book kay!!!adoyaiiii...tang mana la aku nak buat semua tu..balik keja pun dah malam.sampai umah ja kena settle keja umah dulu mengemas membasuh menyapu...tup2 dah penat, terus tdo..tapi tu jalan yang telah aku pilih. Nak x nak aku kena teruskan jugak...


Keja kat pejabat plak mggu ni mmg menguji kesabaran la sbb mcm2 report HQ mintak..Ya Allah berilah aku kekuatan utk menempuh segala dugaan yang KAU berikan. Tahap kesabaran pun boleh goyang klau mcmni. Korang2 yang penah bekerja dibahagian kewangan, mereka2 akan tau macamna kesibukannya menjelang Disember setiap tahun.. Panadol 8 papan pun xcukup nak dibandingkan pening pala yang akan dihadapi..Aku mcm taknak dah bukak emel jabatan..bukak ja emel..ayat pertama yg appear "sila sediaka......".oh tidakkkk!!!yang korang bagi semalam pun xsempat siap lagi,arini korang mintak report lain plak...tu report melalui emel..xmasuk lagi report yg diminta melalui phone...rasa mcm nak ja cabut wayar tepon tu..jgnla kasi HQ call cari aku... Bila badan kita dah letih dengan urusan dipejabat..otak byk digunakan untuk memikir...badan pun jd xbermaya.Camna la nak siapkan assignment pada mlm hari..asal bukak je buku..membongkang tdo..penat wehhh...sedar2 dah 630pagi hari besoknya...hadoiiii...


Nasib la aku ni mempunyai abah yang memahami keadaan anak dia..abah aku la byk uruskan makan minum mak aku yang telah 5tahun menghidap penyakit stroke...jalan xleh gi toilet sendiri pun xleh tapi mak aku seorang yang kuat semangat...dia boleh suap makanan sendiri mengunakan tgn kiri....Bila tgk senyuman mak aku ja...aku jadi kuat utk harungi liku2 hidup yng xpenah abis diduga ini...


Aku jugak dihadiahkan kawan2 yang memahami kesibukan tugas aku dipejabat. Dengan adanya mereka, dapat jugaklah meringankan tugas2 aku. MAKASIH bebanyak kwn2..Setiap yang berlaku ada jalan yang telah dipermudahkan oleh Allah...aku juga mempunyai bos2 yang amat memahami kisah hidup aku yang amat pack jadual ni.TIMA KASIH semua...


Pada si dia yang amat memahami tugas dan karier aku yang sememangnya amat sibuk dengan laporan2 ni...MAKASIH jugak...




TANPA KALIAN SEMUA...aku xkan berdiri sekuat ini!!!

Monday, December 5, 2011

Kamu Dewasa KALAU...






  • Saat mengalami kegagalan kamu tidak mudah menyerah sebaliknya menjadikan kegagalan tersebut sebagai satu pengajaran..





  • Tetap tenang dan sabar di saat berhadapan dengan masalah. Kamu tahu masalah tidak dapat dise;esaikan andai kamu terus menrungut.





  • Bertanggungjawab dan bersedia menanggung sebarang akibat dari perbuatan kamu sendiri.





  • Kamu tidak pernah sombong atau bangga diri apabila diberi pujian.





  • Biarpun pedas dikritik namun kamu menerimanya dan anggap ia sebagai cara untuk kamu jadi yang lebih baik.





  • Berhubungan baik dengan semua orang tanpa memilih pangkat atau kedudukan seseorang.

Saturday, December 3, 2011

Adam Nak KE School...

Ko tgk muka best adam tu dapat minum calsium pagi2!!arini adam kena mendaftar kat Sekolah Sena as Murid Darjah Satu..Aku siapkan dia pukul 8 pagi lagi. Arini mood dia agak baik skit la...coz aku bawak gi mandi pun xngamuk2 bila disiram air yang nan sejuk tu...Pakai baju pun xbanyak songgeh..On the way nak g school tu aku singgah la 7e jap utk sogok dia sebotol vitagen dengan harapan dia xbuat hal la jap lagi bila cikgu panggil suh masuk kelas..Alhamdullilah sampai je school memang dia tak ngamuk aka meradang cam ari yg dia attend konvokesyen pra sekolah aritu. Klau tak...tahap kesabaran boleh terbang wooo...Arini maybe dia excited sbb baju baru, kasut baru, seluar baru memang semuanya baru la...





Adam perlu jalani satu ujian untuk menentukan tahap penguasaan menulis, membaca, mengira dan men apa tah satu lagi. aKU PUN XINGAT!!!HAHAHAHA...Waktu org bagi taklimat,ada la yang masuk dalam memory ada la jugak yang terbang dibawa angin..weeee!!!Sejam Adam diuji, dan sejam jugak la aku kena dengar taklimat bagi ibu2 bapa2 murid darjah satu. Macam aku plak ada anak darjah satu...layankan jer lah!!!










Muka poyo nak masuk kelas!!!Macam upin ipin la ko adam!!terpengaruh ngn tv banyak sangat ko ni...Nasib xder si aiman becok tu!!!klau x, abis la kena sound...hahahaha.Ko jangan buat hal ye dik...klau tak, maklang ko yang nangis dulu takut kena marah ngn cikgu...










SEKIAN

Thursday, December 1, 2011

1hb Disember sudahhh...

Salam..

Selamat pagi selamat menjamu selera!!pada korang2 yang tengah baca post aku pagi ni..udah2 ler tu!!!pegi la buat keja weh..dah 1 disember pun...kemaskini la rekod2, fail2 yang ada sebab xlama lagi dah..nak ke tahun baru!!!bak kata pepatah, tutup buku lama bukak buku baru..hehehe...bukan aku xsuka korang baca post aku..suka!suka!suka!! tapi baca la time lapang..eh2 kat opis ada ka time lapang?ape2 je la mira oii...





Waktu dipagi hari cam ni klau la dapat milo kaw yang panas sedap jugak kan!!!cehh..ko ingt ni kedai mamak pe!!O.P.I.S...opis!!kalu nak buat sendiri!hahahaha...




Korang2 sekalian, tinggal 30hari je lagi nak ke 2012.ish..ish..cepat kan masa berlalu?azam korang2 tahun 2011 camna,dah hampir 90% ke tercapai?me punya azam..huh..HANCUR BERKECAI DAN BERSEPAI!!!hahahaha..u know why?target 2011 nak kuruskan skittttt la badan dari skrg, tapi kpd korang yang dapat lihat aku scara live...xdernye kurus!!!makin BAM BAM adala..tipu semua kurus2 tu..yang paling tak tahan, nak kurus punya pasal beli bekung org bersalin utk ikat kat badan waktu malam..please dont try this at home coz TERSANGATLAH TIDAK SELESA MAU TIDO..sebab musababnya..dah la panas, nak tanggal punya la susah sbb berbelit-belit ngn tali..hohhhh!!!ape ke bendanya la aku nii...hahaha.




Azam aku yang kedua bagi tahun 2011 yang tak akan tercapai walaupun sehingga ke titisan terakhir 31 disember 2011 iaitu nak hilangkan jerawat...azam yang ni lagi bermimpi la wehhh nak tercapai..kerana taksubb nak ilangkan jerawat amikk kauuu....farmasi klinik salah kasi ubat..napalah aku xsaman je kan farmasi klinik tu!!!klau tak, xpayah susah payah kerja..makan duit saman tu je..nak2 plak aku saman RM 1 JUTA..amik ko!!!tutup klinik tu..haip!!xbaik mkn duit cara tu..setiap manusia ada khilafnya...takpa!kali ni aku maapkan but once upon a time day, jadi lagi camtu..skali ngn dktor skali ngn tuan punya klinik aku saman sampai bankrap..Dek kerana tersalah ubat tu..muka aku ni agak sensitip la skit skrg ni..xleh guna pencuci sebarangan xleh mkn sebarangan..ohhhh amatlah lecehhh weiii...untuk pengetahuan korang2, aku dah agak menyampahhsss ngn keadaan jerawat aku yang xpenah surut2 ni..aku buat BODO je..lantak ko la nak naik ke nak turun ke..malas lagi nak kesah!!!cehh..statement kat sini je tu..tapi dlm hati ada kesah..kihkihkih...




Untuk bulan disember ni..bagi sesapa yang diluar sana samada secara direct atau tak direct terlibat dalam bahagian kewangan...mereka akan tau nasib mereka setiap kali disember menjelang...i HATE DISEMBER!!hangpa nak tau pasai pa..






  • Perlu KEJAR MASA untuk closing akaun yang memang kadang2 tak nyempat2 nak closing




  • Segala macam REPORT AKAUN, disember la selalunya akan diminta bagi keseluruhan perakaunan sepanjang tahun




  • TIADA MASA LAPANG. Pergi keja ngn matahari..balik keja ngn bulan la jawabnya...memang xsempatnya nak klau nak gi jogging ka gi dating ka coz this month amatlah penting...


Bulan disember la jugak banyak sale coz mereka2 pun nak clear stock untuk buat FIFO dan LIFO for the next year..so buat la sale kat korang2 semua..tapi kepada haku yang tiada masa untuk attend jualan2 murah ni..tersangat2 la sedih.mood:sentap jap!!!




Apapun kan...seiring dengan kempen kerajaan TRANFORMASI!!mohh ler kita transform kan diri kita ke arah kebaikan. If taun ni kita tak bagus, tak gemilang dan terbilang..for the next year..perbaiki la kelemahan sedia ada, jadikan diri kita terbaik dimasa akan datang...so apa tunggu lagi...PERGI LA BUAT KERJA!!!kihkihkih...






Thanzzzz for readingg...

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah..

Assalamualaikum....

Arini tetiba ada mood plak nak update blog yg lama x diupdate ni...sementelaah ada masa cuti 3 ari nihhh dan xder jadual yang pack..so, moh ler update ape yang patut kat sini yerr!!!Sempena tahun baru Islam ni..molek la kiranya kita tutup buku lama bukak la buku baru dan perbaiki la apa2 yang patut kan..hihihi.Update kali ni biarlah pendek skit supaya idokk ler jemu kome2 nak membacenyer ye!!!apepun...Salam Maal Hijrah dari saya!!!

Saturday, November 26, 2011

Tiger Balm Plaster..Aummmmmmmmm

Selamat Pagi..




Indah sungguh panurama...cewah nyanyi plak pagi nii..nak tau tak napa?Sebab bangun pagi ni dah rasa kurang sikit sengal2 kat bahu sebelah kiri ni..Lama dah duk sakit bahu nii..xtau la kena apa..tapi mmg sakit!!maybe tersalah urat kot xpun terangkat berat yang terlebih muatan...hehehe. Gi satu kedai nak tanya satu jenama plaster yang masa kecik2 dulu mak selalu tampal kat kepala bila sakit pala atau pening tu..Motifnya nak beli benda tu nak tampal la kat bahu yang sakit ni..Sekali makcik kedai tu cakap.."Dik kat sini ader yang ni je!!!belek punya belek..baca ingredient dia kandungan dia (buat serupa reti) padahai xtau menda pun. Last2 beli la dengan harapan lega la lenguh2 badan sebelah kiri ni coz tomolow i've a big task to do!!Balik umah kasi tampal ni punya plaster..hurm not bad!!!memeyyyy berkesan la hokk ni. Today morning..dah xsakit lagi dah bahu ni..Thanz to tiger balm plaster la!!memang "Plaster You Pain Away"

Thursday, November 17, 2011

Wiweetttt....

Salam...


Hai korang...ape cer arini?aku seperti biasa la dengan kehidupan harian aku yg memang agak padat,sendat dan kental ni!!hahahaha..Ni aku berblogging dari hotel yang aku menginap untuk penginapan sehari satu malam disini.Agak berbaloi2 la nak hotel ni coz bilik dia pun selesa ngn aircon yang mampu buat aku tarik selimut xbgn sampai pagi..agak2 klau aku xbgn besok, apa akan jadi eikk?hehehe..Jgn cipta masalah ye!!!Tadi aku bertolak dari opis kul 830 pagi. Agak awal la jugak coz my bos perlu attend first meeting di Alor Setar. Tepat kul 11 terus shoot ke Putrajaya. Desummmmm...dari Alor Setar kul 11, tepat jam 4ptg dah sampai Sepang..How was kreta yang dipandu oleh pemandu memandu membelah highway utara selatan!5jam je Perlis-Sepang!!klau naik bas la, mau kematu bontot sampai 8-9 jam perjalanan.Tdo bangun sampai 4 kali pun belum tentu sampai lagi..Sebelum tdo, study ape yang patut untuk pembentangan budget sok supaya xder la terkial2 nak mencari fakta if kena soal!!Preparation itu penting...Lepas study, kebooommm tdo!!!Letih dah weh..5jam perjalanan walaupun desuppp macam roket,tapi dah tua la katakan..mana bleh duduk lama2.Urat dawaii dan pun..


Thanz baca this entry..nitezzzzzzzz!!

Monday, November 14, 2011

Super Mak Menakan...

Hye u all...





Korang penah tgk tak citer SUPERMAK slot Aksi yang setiap ari Isnin jam 9mlm kat tv3 tu? Ha ingat!!ingat?ala...pada korang yang tak penah nonton dan xpenah tahu ada kewujudan crita tu kat tv3 selama ini..meh sini rapat2..aku preview balik citer ni kat korang...










Ha camna ingt tak?Kat sini aku idok ler nak citer sal aku pun ada kuasa mcm Nasha Aziz tu...klau lah aku ada kuasa camtu xder lah aku ni nak merungut penat la..letih la..xsempat la..Kebetulan je yang tajuk citer ni sama ngn keadaan aku skrg.Cuma beza skit je..aku ni Mak Menakan!So jadi lah SUPER MAK MENAKAN!!Sibukkk kauuu..aku sekarang!!!masa hujung minggu nak kluar dating ngn boboi pun kdg2 miss sbb aku kena take over jaga si adam...Tu waktu hari minggu!!Waktu hari biasa plak...Kadang2 lepas balik keja..aku gi jugak jenguk adam jap.Everything gonna be ok, keadaan terkawal...aku balik la umah. Sibuk kan aku?Keje kat pejabat ditambah plak keje jaga adam campur lagi ngn keje sekolah (masih menuntut buat epjj) di add plak ngn keje umah...kang xmenyapu,mengemop,membasuh,mendobi kat umah...ada gak kang nak pakai baju yg sama 4 hari,nak pakai kasut lam umah coz lantai berdebu, nak mkn lam daun pisang..






So nak xnak mau xmau, saya perlu lakukan jugak hal-hal yang berkaitan sebab tanggungjawab dibahu saya...






ohh agak sibuk ngn jadual kehidupan 24jam sehari tu xcukuppppppppppppppp!!!!Uwaaaaaaaaaa.....






Dan xmustahil satu hari nanti selori ubat jerawat di pasaran akan saya gunakan bagi menghilangkan jerawat di muka yang tumbuh bak cendawan mekar selepas disirami hujan...(jerawat tumbuh akibat stress)






Sunday, November 13, 2011

Kesibukan yang melanda...

Salam Boys and Gurl...


Today i nak buat entry pasal kesibukan haku sejak 2 menjak ni setelah aku menguruskan segala hal berkaitan si kecik peninggalan arwah kakak aku...Sabtu dan Ahad mmg fully booked la dengan si kecik yang berusia 6tahun ni. Aku perlu mengasuh si adam ni coz kasi chance la bapak dia rehat plak setelah 5hari dia menjaga adam ni. Actually, adam ni adopt child yang arwah kakak aku amik since his 2months..Uruskan dia senang je!!!ko pasang upin ipin punyer dvd biar la sejam ke 2 jam ke..xkisah la bape jam pun, kasi dia makan cukup, tdo cukup....70% dia akan concerntrate ngn mende tu je!!lagi 30% dia akan panjat2 sofa,sepah2 barang..but its normal for kids..So nak mudahkan cara mengasuh dia..aku pasangkan la upin ipin tu sambil aku siapkan ASSIGNMENTTTT!!!!!! yang banyak gedabak ni.. Oh my little baby, dont try to make trouble kay!!!(printer yang suka buat hal). Dipendekkan crite aku mmg kena siapkan assgignment ni walau badai apa jua yang menlanda coz next week from thursday lagi, i shud go to Putrajaya for meeting againn...dushhhh!!!Oh tidak la kesanggupan sebenarnya. tapi apa bleh buat SAYA YANG MENURUT PERINTAH!!!From thursday until sunday i will be on leave..Haiyakk!!!banyak bijik beg lol kena bring together2 coz beg meeting 1, beg baju 2 (meeting 1,class 1), of course la beg buku lagi..ohhh sungguh la tidak sanggup!!!##%*+^



SEKIANNNNN

Monday, October 24, 2011

Tangisan Anak Kecil

Salam


Entry kali ni aku nak story pasal anak arwah kakak aku. Nama dia Muhammad Adam Wafi. He's adopted child kakak aku since he's 2 months years old. Adam amat disayangi dan dikasihi arwah akak aku...adam ni xla seperti kanak2 lain coz dia menghidap Autisme tapi berkat kesabaran didikan arwah akak aku..dia boleh bercakap dan berjalan pada usia yang agak lewat dari kanak2 yang lain. Aku amat simpati dan sedih mengenangkan nasib adam yang kehilangan tempat bermanja pada usia yang begitu muda (6 tahun). Sejak akak aku dimasukkan wad, setiap kali dia datang melawat dia akan pergi ke katil ibunya dan berdoa "Ya Allah, selamatkanlah ibu aku". Luluh hati setiap pelawat yg datang ziarah akak aku...aku apatah lagi!!Nangis dan nangis saja coz i'm know the way yg bakal adam lalui jika apa2 berlaku kat kakak aku!!Lepas dia berdoa dia kan jumpa nurse yg dia sendiri panggil dktor.Dia akan cakap.."doktor bole tak saya bawak balik ibu saya!!!". Adamm...jgn la mcm tu!!!sedihh toksah cakap la...2 hari ibunya dimasukkan wad dan 2 hari jugak la ibu dia xbercakap ngn dia..keadaan adam amatlah tidak terurus. Baju lain seluar lain..ye lah, aku sendiri pun masih terkejut ngn apa yg berlaku coz selama ni totally 100% kakak aku yg uruskan dia kecuali sakit demam adam xpun pembelian peralatan harian adam adalah jugak akak aku mtk temankan dia. Ubat dia serta makan minum dia mmg akak aku yg uruskan..Sehingga lah ibu adam kembali menghadap Illahi, dia masih mahu ibu dia peluk dia seperti selalu sebelum dia tdo. Tgn ibu yg di Qiammkan diambil dan di bawa ke dadanya dan minta ibu dia lakukan seperti slalu. Adam...sungguh tidak mengerti yg ibunya telah pergi..Disaat ibunya dikapankan, menangis2 dia kerana ibu janji nak pulang tapi napa ibu tdo!!!Adam..ibu xtdo dik, ibu telah pergi...Ya Tuhan!!!Napa la ko ambil ibunya tika ini. Dugaan baginya untuk lalui kehidupan tanpa ibu...Saat ibu dibawa ke tanah perkuburan, tika itulah adam menyatakan yang "adam sayang ibu!ibu adam sayang ibu!!". Menangis sedara mara didalam van jenazah bila terdengar kata2 adam...Sampai la disaat2 kami akan meninggalkan ibu adam seorangan menghadap illahi, adam menangis mendakap batu nisan mengajak ibu balik bersama...Hanya abang ipar aku saja yang mampu memujuk adam sbb sedara mara yang lain semuanya menangis melihat adam yang meratap pilu ibu telah tiada...Tapi satu sifat adam yang terpuji yang xpenah nampak pada kanak2 lain yang seusia dgnnya. Setibanya jenazah ibu dari hospital ke rumah aku pada malam 7hb Oktober...setiap saat setiap minit adam akan mengaji disisi jenazah ibunya walaupun xsemua bacaan yassin betul susunnya. Jemu baca yassin, dia akan mengaji ayat2 suci Al-Quran sehinggalah ibunya dibawa untuk dimandikan dan dikapankan besok hari...Datang lah sedara-mara dari mana pun..dia tak kisah, yang dia kisah..aku nak baca yassin utk ibu aku!!!Tinggallah dunia mainan dan kejar2 mengejar dengan sepupu sepapat sbb korang masih ada ibu..tapi AKU?




I'M SO PROUD OF YOU, ADAM!!!

Saturday, October 15, 2011

Al-Fatihah...

Salam....



Entry kali nii agak la sedih sebenarnya nak story kat sini..tapi rasanya elokla aku kongsi ngn kamu2 diluar sana macam mana perasaan bila hilangnya sorang kakak yang telah kembali ke rahmatullah dalam sekelip mata..Kejadiannya pada 6hb Oktober 2011. Masuk je opis dalam kul 830pagi, aku dapat call dari abg ipar mengatakan kakak rebah depan bilik air dan sudah tidak bercakap lagi..astafirullahalazim..terkejut yg amat pada masa tu...tanpa berlengah trus ku bagitau kepada penyelia yg aku perlu keluar kejap pergi umh kakak..nasib la aku mempunyai seorang penyelia yg memahami. Bila sampai je kat umah kakak yg mengambil masa 10minit.kebetulan umah kakak ngn opis xla jauh sgt..masa sampai je umh dia tu, tgk je keadaan dia,amat la menyedihkan sbb dia dh terkulai layu dan dah xsedarkan diri. Panggil pun dah tak bersahut. Apalagi, terus aku call ambulans. Ambulans pun datang utk bawak kakak ke Hospital. Masa tu tekanan darah dia amat2 lah tinggi 249/139..Ya Allah!!!dan gula dalam darah dia 20.Nauzubillah....Terus masuk kecemasan dan dktor maklumkan yang kakak aku perlu dibuat Ct Scan iaitu scan otak samada otak dia mengalami pendarahan atau tak semasa jatuh. Keadaan dia amatlah tidak stabil dengan tekanan darah yang tinggi dan gula yg amat tinggi. Takdir telah menentukan segalanya, Ct Scan tak boleh buat di Hospital berkenaan kerana mesin tersebut rosak ketika banjir besar yang melanda Perlis dulu, so terpaksa la kakak dibawa ke Putra Medical Centre di Alor Setar. Tepat jam 1 ptg, dktor mencari seorang waris untuk ikut bersama dalam ambulans. Perjalanan akan mengambil masa selama sejam dari Kangar ke Alor Setar. Sekali lagi Allah Maha mengetahui perasaan aku waktu itu bila dalam perjalanan jantung kakak berhenti berdenyut..Ya Allah...aku mampu menangis ketika itu.Doa saja dlm hati mintak2 xder apa yg berlaku..Ingin menafikan apa yg berlaku tapi kejadian didepan mata amat2 mencemaskan dimana doktor dan nurse menjadi kelam kabut untuk buat jantung kakak berdenyut kembali dengan keadaan yg sempit didalam ambulans dan kelengkapan yg terhad. Kuasa tuhan..alatan yang dibekalkan didalam ambulans walaupun telah diuji sebelum bertolak tadi, tetiba dalam perjalanan semuanya tidak berfungsi.. Ya Allah..apakah dugaan ini?Kakak terus dibawa ke Hospital Alor Setar untuk rawatan kecemasan. Dktor tak syorkan PMC lagi kerana keadaan dia amat2 tidak stabil dengan keadaan jantung dia yg lemah...Sampai saja di Hospital Alor Setar, terus dibuat MRI dan CT Scan. Keputusannya amat2 mengejutkan.Separuh dari ruang otak kakak telah dipenuhi darah beku disebabkan oleh tekanan darah yang amat tinggi.Dktor memaklumkan lagi, operation untuk buang darah beku didalam otak tersebut tidak akan dibuat lagi memandangkan keadaan jantung dia yang telah berhenti berdenyut selama 20minit semasa dalam ambulans tadi. Beribu sel otak kakak telah mati dan sekarang doktor bleh klasifikasikan kakak KOMA!!!Ya Allah....luluh jantungku waktu itu. Hampir rebah aku dilantai...agak tidak boleh menerima kenyataan dimana kakak ku yang hari2 aku tgk, akhirnya begini jadinya...Siap saja keputusan dan penerangan tersebut, kakak terus dibawa pulang ke Hospital Kangar dan ditempat di wad untuk pemantauan rapi. Segala macam mesin dipasang. Aku tidak berkutik jauh darinya.setiap masa setiap saat aku bersamanya. Aku memang tak percaya apa yang berlaku. 2hari kakak bertarung nyawa di wad tersebut..genap 9.50 malam 7hb Oktober 2011, kakak yang aku ada selama 26tahun usiaku kini telah kembali menghadap illahi..Pada ketika itu, aku tidak mampu lagi untuk menangis meratap perginya dia kerana aku masih tidak percaya dan berharap agar semua itu mimpi belaka..tapi semuanya hampa!!!Benar..ianya realiti kakak ku yang berusia 38tahun telah kembali ke rahmatullah.Alfatihah...

Friday, September 9, 2011

Penyakit Lama Dah Maii dah...

hye uoalls

Pagi ni lewat lagi weh masuk opis..hihihi.If ada bos yang baca entry ni..habis la aku!!!kantoiii SUDAH..Ishh susah la nak gtau..asal nak datang keja ja mesti terlajak tdo..tapi bila hari cuti ja, mudah dan senang plak terjaga dari tdo..oh sungguh la tidak puas hati dengan mata ni!!
Malam2 nak kata aku tdo lewat xla jugak...kul 1030 dah membongkang tdo..if ada hari aku bgn semula untuk study..aku akan pastikan aku tdo dulu pastu bangun balik..hihihi.Kadang2 tu dengar je alarm phone bunyi, siap snooze lagi bila malas bgn study..tak berdisplin sungguh kan...
Pagi2 je bgn kelam kabut bersiap manakan jarak perjalanan aku gi opis kdg2 bleh cecah 30minit...masa tu kalah michael schumacher..nak kejar punch card!!!itik lintas pun langarrr xpeduli dah sape punya itik lintas pagi2 xtgk kiri kanan dulu sape suh...kan dan xcident..
Sampai je opis mesti lewat 1minit xpun 2minit..haiyakk!!!
Pesanan Khidmat masyarakat: besok practice drive lagi supaya kurang 1minit dari kul 8..bukannya practice bangun awal..hihihi...Gila Pemalas!!

Tuesday, August 16, 2011

Cost Accounting..hakhakhak

hahahaha
Bila aku teringt balik kisah hidup aku masa aku buat diploma dulu mmg lawak abes..Tadi aku bukak la facebook. Nampak la member2 masa buat diploma dulu dan aku ternampak sekali member aku komen kat sorang lec yang paling aku geruni masa diploma dulu..PN NOREHA.
Puan noreha ni klau korang nak tau..mmg serius la garang especially ngn aku..aku pun xtau la apa penyebab musabab dia agak anti ngn aku. Dulu aku gi kelas sekali ngn 2 org member yg ade kelas pagi. aiman dan nadia. Roomate aku jrg ader kelas pagi kul 8..time aku nak gi kelas dia still membongkang tdo..kang2 aku mcm dengki jerr sbb dia still tdo tp aku dh kena bgn g kelas..haishh xleh jadi nihh
Lecturer tu klau ader student lewat seminit, dia akan kunci pintu kelas..jgn harap la ko akan dapat masuk.besokkk mati la ko nak berjawab nape ko xdtg kelas smlm..aku bila tau je trend dia ngajar camtu..pukul 730pgi, aku dh terpacak dpn pintu bilik member aku yg 2 org ni..terjerit2 mintak dorang siap dgn pantas dan cepat coz aku xnak kena kunci kat luar kelas.hahahaha..
Pastu jln kaki g kolej cepat2 kdg2 sampai berlari2 nak kejar masa...punyer la takut!!tu bab nak masuk kelas..balik umah plak, tiap2 mlm aku akan study subject tu je!!sampai member umah aku tnya, ko amik subjek ni je ke sem ni...tergelak2 dorang sbb ari2 aku wat costing..dorang xtau rahsia aku yg aku takutkan Pn Noreha tu...hahahaha.Serius takut ngn dia coz tiap kali dia masuk ngajar, nama aku yg dia akan sebut utk dia cari pasai..dia akan tnya soalan yg ntah2 apa2 dan kdg2 xleh jwb...siap la klau xleh jwb...
Alhamdullilah la hasil dari ketakutan aku tu,paper costing aku dapat A+ kauuuu....hihihi.Takut punyer pasal, ari2 costing..costing je ari2. Ntah2 klau aku keje swasta mmg aku dah terror costing dari Pn Noreha tu kan..hahahaha...
Moral of the story: Tak semua ketakutan tu ada keburukan....ketakutan aku buat aku jd pelajar cemerlang gemilang dan terbilang..hahahaha.Costing ari2..

Seorang Budak Yang Demokzzzz




Peaceeeeee......




Hye selamat pagi salam satu malaysia!!!!bersiaran lagi kita dari pejabat masing2 yang sememangnya perlu mencari mood dikala pagi2 sebelum memulakan kerja...Same situation goes to me la..saya pun pagi2 kena la cari mood dulu nak buat keja. Klau tak muka masam mencuka sampai ke petang..tapi jrg la jadi camtu sbb klau saya jadi camtu kiranya ada la wayar tang2 mana xcukup pasang. Seorang budak yang mulut becok bercakap yang slalu boboi saya benggang sampai kata "BOLE TAK DIAM SEMINIT!!!Ohh bikin sentappp je!!!Klau saya diam..kiranya sunyiii la pejabat tu tanpa dengar suara terjerit kat sana terjerit kat sini..tercari gaduh kat sana sini..terpekik2..perangai tidak senonoh walaupun usia yg dah teeeeeeeettt!!!tapi tu la kehidupan saya yang sentiasa ceria walaupun hati dihujani dengan 1001 masalah...eh lari tajuk la pulakk!!!ni nak habaq maiii..cer tgk gmbaq budak kat atas tu..sebelum ni saya kurus kering. Lintas jalan kena angin lori pun dah nak melayang tapi sekarang..bam bam ohhhh!!!lepas2 operate bulan 8 tahun lepas, sebelum tu masa dalam pantang tu kurus la sat tapi nowadayssssssss....PERGHHHH badan semangat tull!!!bak kata org tua2.tapi ayat tu sesuai utk baby2 ja.saya ni bukan baby lagi dahhh....dah nak jadi baby dolly dah pun...Pada u all yg baca entry niii..apakata u alll jual la ubat2 kurus u all kattt iiii!!!kasi i slim shadyy balikk...

Monday, August 8, 2011

Jusco Bandar Perda....






Ari sabtu semalam..aku ngn boboii gi jengjalan kat Jusco bandar perda!!!mula2 nak gi alor star je utk bukak posa..maklum la baru 6ari umat Islam berpuasa..so nak mkn la yg lain plak dari yg sedia ada di pasar ramadhan sekitar perlis ni...sampai je kat tol Jitra..Gegirl dengan muka senyuman yg paling manis kasi la idea kat boboi denganharapan dapat la jengjalan ke Penang..bila dia cakap Hokeyyy..rasa cam nak jerit kuat2 sebab shukeeeee...satgi kang kena sekeh plak sebab ter'over'. So simpan je la dalam hati..padahal dlm hati dh berbunga keriangan sbb dapat jalan2. Masa kat tol Jitra tu jam kat dashboard dah kul 5.00ptg.boboi pecut laju2 so sampai la kat Jusco pkul 6.20 ptg..kitaorg ronda2 tgk sale...pastu nak dekat2 bukak posa, cepat2 gi Mcd. Lepas bukak posa kat Mcd tu.kitaorg terus gerak ke carefour nak beli brg dapur..sekali makaihhh..sale gila2 punya la.ape lagi!!rembat la mcm2..Bertolak balik perlis pun dah kul 10mlm..so sampai perlis dlm pkul 1130mlm..hihihi.nice weekends!!!








ni je la gambar yg sempat disnapkan sebab ramai org...









Thursday, August 4, 2011

Semanis Kurma...


Hyee semua..selamat pagi!!!camner arini?masih puasa tak lagii...maybe arini korang dah steady skit kan sebab kita dah berpuasa selama 3hari dah pun..Alhamdullilah..Korang bukak puasa mkn kurma tak?aku mula2 dulu memang la xmkn kurma sbb rasanya agak manis skit..Tapi bila dah terbaca info ni..terus je tanpa ngelat, aku mkn jugak kurma. Korang nak tau tak apa kebaikan kurma?so jomm baca entry ni..


Diserap Serta-merta

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.


Menguatkan Ingatan

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

so bagi sesapa yang xsuka atau xberapa minat utk makan kurma..lepas baca entry ni, harap2 ada la skit perubahan kay!!makan la sebijik sehari pun xpa...SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi..

Arini hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan 1432h..Selamat Berpuasa!!!!hihihi..tahun ni jgn lupa puasa penuh ya kawan2..jgn noty2 mkn kat bilik fail, bilik stor xpun pantry kat pejabat.hihihi...

Tuesday, July 26, 2011

CuTi-CuTi MaLaYsIA..



Hye..korang dah breakfast ke?me as usually mesti la dah breakfast..pepagi ni nak kena cari mood dulu sebelum buat keja yg banyak tu kan..semangat baru dah datang maklum la baru balik dari bercuti...rasa ringan skit kepala!!!so bleh la buat keja ngn eppy2..hihihi. Nak citer ngn korang ni..baru2 ni teman gi bercuti kat tempat sejuk di malaysia ni..kebetulan je sbb teman ada meeting kat Putrajaya,sambil2 tu teman gi la jln2 sementara nak tggu meeting besoknya...teman gi Genting Highlands!!!lama rasa teman xgi.seingt teman la..3tahun yg lalu teman pegi.xbanyak la perubahannya..biasa ja la kan..naik cable car dia makaihhhh..gayat toksah cakap la sbb waktu teman naik tu baru ja lepas hujan..angin pun kencang skit2!!!mintak doa bg cepat sampai ja!!!sesampai ja kat sana..terus check in hotel First World. First xperience check in hotel beli ngn "ulat hotel"!!korang penah dengar tak?masa amik hotel dari "ulat" tu xpikir ape2 pun sbb terlampau xcited dh dpt bilik memandangkan percutian tak dirancang so hotel fully booked!!!nasib dapat bilik jugak tapi illegal la...happy tapi bila dipikir2 balik..kang xpasal je kena masuk lokap sivil.mana la tau kan kot2 ada barang salah lam tu "ulat" tu letak..hishhh..mintak simpang malaikat 44.nasib la xder pape.lepas ni xnak lagi dah beli ngn "ulat hotel" camtu..sbb ape korang tau!!!klau kita tertinggal brg dlm bilik dan pintu terkunci,sah2 barang tu xleh amik sbb pihak hotel nak owner bilik tu yg dtg kaunter..dh nama pun beli secara illegal,mesti la bilik tu bukan nama teman kan..nasib la xder ape2 yg tinggal.sebelum check out mmg double check abis2 la xnak brg2 tertinggal.tapi satu je yg best..harga hotel tu dpt murah.hihihi..okeh abis citer bab hotel!!!teman idok ler main pun kat genting tu..teman just masuk snow world!!!main indoor game dan makan2 je!tapi lebih kepada makan je sebenarnya...amik2 gmbr.tgk gelagat org2 kat situ..rasa hepi la jugak..ni je la gmbr yg teman amik masa kat sana...

skyway cable car yang mampu buat teman berdebar-debar

Niat hati cam nak buat cam org hijau kat atas motor blakang tu...hihihi

cantik pemandangan indoor waktu malam

gambar dulu sebelum balik

Monday, May 30, 2011

Jalan-Jalan Ke Kelantan..





Setelah usiaku yang agak dewasa ni la baru kali kedua aku sampai ke Kelantan ni..sian aku kan!!!huhuhu..1st time sampai ke Kelantan dulu masa umur 12tahun time tu waktu kanak2 ribena lagi..baru darjah 6..Kali kedua sampai Kelantan ni agak teruja sebab melihat pembangunan dan perubahan negeri Kelantan yang makin membangun ni. Bertolak pada 27hb Mei sebelah malamnya..besoknya tu kitaorang check in homestay kat sana.








Antara tempat2 persinggahan of course la Pasar Siti Wan Khatijah yang banyak jual kain2 sutera yang boleh buat orang pompuan kelabu mata terutama aku yang suka kain pasang warna yang terang-terang...Kebetulan bas kitaorang parking depan muzium samudera..sempat la bergaya snap 2, 3 keping gambar sebagai memori..percaya ke 2, 3 keping?hahahaha...







Tak lengkap percutian kalau tak pergi Pantai Cahaya Bulan...memang cantikk wehh pantai dia dan air laut pun bersih..Aku teruja sampai sanggup pergi beli baju baru untuk buat basahan mandi laut..TAPI yang peliknya takde plak orang jual..Rupa-rupanya...pantai kat situ, ko bole main air tepi laut je..mandinyer TAK BOLEH sebab keadaan pasir yang landai ke dasar laut..bahaya kalau nak mandi...Nasib baikkk tak mandi lagi..Simpan la hajat nak mandi tu..balik mandi kat homestay..kahkahkah..







Lepas dah lepak2 king kat pantai tu...ape lagi shopping la kat Wakaf Cik Yeh plak..Takde plak gambar nak tunjuk kat korang..kalau nak tau Wakaf Cik Yeh tu camner rupo..korang kena la pergi sendiri ke Kelanta..hihihi.Aku describe kan je ye...Wakaf ni lebih kurang cam uptown or dowtown kat Kl tu...mcm2 benda ada jual dan agak murah jugak barang2 kat situ...

Besoknya tu masa on the way nak balik..singgah jap kat Bukit Bunga..kebetulan sampai je kat situ,hujan rintik-rintik plak..so tak dapat la nak snap gambar..Barang jualan kat Bukit Bunga tu lebih kurang macam barang2 jualan kat Padang Besar je...so sesapa yang dah sampai kat Padang Besar tu...they all sedia maklum barang2 camner yang disebutkan tu...Kebanyakkannyer Made in Thailand....Ok that's all from me about my vacation....






















T.H.A.N.Z F.O.R R.E.A.D.I.N.G








Saturday, January 15, 2011

Cuti2-Cuti bersama Anak Buah.....


Hyeeeeeeeeeee......


Agak pjg hye saya ye!!!bukan apa..mood kembali ceria setelah penat mengabdikan diri di opis sempena perkampungan hujung 2hari berada di pejabat sempena tutup akaun 2010. So saya telah mengambil cuti yg pjg utk menhilangkan tekanan yg ada dengan bercuti.. Horeyyyyyyyyyyy!!!!!!.


15hb yang lalu, bgn pagi2 buat plan la ngn abg punya family utk pegi bercuti.Kebetulan pulak, aritu jatuh ari sabtu..so dia xkeja.Aku yg sememangnya over dari anak2 buah aku bersorak riang la sbb dapat jugak pegi jalan2. Kami bertolak ke PD iaitu TELUK KEMANG jam 10pg...Anak2 buah aku teringin nak mandi laut..so layankan je la.Sesampai je kat sana..humakkkkk!!!ramainya rakyatt!!dtg dari maner ni reramai camni...aisehhh luper plak today is saturday!!thats why la ramai org. So kitaorg pun cari place yg agakk baik punya utk landing sambil mkn bekal yg dibeli...dapat jugak la park dibawah sepohon Rhu..Sebelum dak2 ni tukar baju utk mandi sekali ngn maklang dia tukar baju utk terjun laut..kita bergambar dulu yokk!!!

Ni anak buah aku nama dia syaqir aiman yg entry sebelum2 ni dia rempit motor ngn abg dia..skrg dah besar..



Bila nak bergambar berdua ngn si aiman ni dia shy-shy cat..xmcm maklang nii shy-shy tiger!!!aummmmm...



Ni antara gambar gerai yg sempat di snap!!!susah skit nak amik gmbr sebab kena jaga 2 kanak2 yg super duper active...

Lepas kitaorg bermandi-manda kat teluk kemang tuu..ari masih muda utk balik smula ke Puchong..dengan idea bernas dikemukakan, kami bertolak ke melaka pulak sebab dah dekat dah..kat Melaka kami naik River Cruise.. Nak citer la skit pasal River Cruise ni kan sbb first experience naik, so agak teruja skettt!!!tempoh perjalanan cruise ni 45minit sbb dia pergi balik.kat mana ko naik kat situ la ko akan turun..kami naik waktu siang so xnampak la lampu2 yang cantik sepanjang muara sungai tu..tapi nampak satu perkampungan yang cantik dan tersusun kemas. Kampung Morten!!!Rumah2 dia comel2, kawasan persekitaran bersih sgt.rasa cam best je klau ader umah kat area situ..Pakcik driver cruise tu cakap, waktu mlm view dia cantik sbb umah2 tu akan bercahaya dengan lampu2. Chek rasa rugi plak sbb naik waktu siang tapi xpe la..next time ye!!!Tiket cruise ni idok ler mahal RM10 jerrr utk dewasa dan 5henggit utk kanak2. Layankan gambar ni yee!!!



Masa kitaorg sampai tetiba hujan plak kan..so kena la tggu sampai service cruise river ni dibukak semula memandangkan hujan lebat sangat-sangat.




Bergambar la si kenit berdua tu menanti hujan berhenti



Ni la Kampung Morten selepas hujan. Kitaorg naik cruise river ni di siang hari, so xnampak la kecantikan lampu-lampu menghiasi rumah2 kat sini..



Malam baru la mini pesta tu beroperasi...rugi jugak la kitaorg sampai sana petang klau tak boleh la main2 kat sini..




















































Saturday, January 1, 2011

HaPPy NeW yEaR.....

1hb Januari datang lagi...ape korang punya azam tahun nii eik?haku punya azam cam biasa arr..nak ilangkan JERAWAT!!!ohh rasanya tiap2 tahun azam aku yg ni mmg WAJIB!!!!tapi xilang2 jugak jerawatnya..hehehehe.Klau pegi jumpa speacialist mcm2 ubt dia kasi..tapi semuanya xberkesan.Last2 ayat yg dia bagi..kawin la cik mira kot2 mau ilang jerawat!!ape punya speacialist camtu..hadeiiii..nasibla aku ni sorg yg kuat penyabar!!ceh perasan!!!padahai hakikatnya xpun.kehkehkeh..pg2 gi keja nampak keta lambat tgh jln "hoiii..klau nak mkn angin pg2,gi la jln atas rumput tu!!!".hanya berkata didalam hati je la..xkan nak marah bukak tingkap plak kan..kang nanti dia kejar,penat nak lari..pepagi main polis entry kang xpasal masuk wad ortopedik!!!berbalik pada citer taun baru..taun nii aku ingat aku nak jdi seorang yg baik ati la...kuat beriman...(cewahhh,ayat xleh blah!!!).hihihi.tapi apapun tahun baru mesti kena ada benda baru dlm hidup baru la beshhhhh kann?hurmmm ape eikk benda baru dlm hidup?nanti la aku pikirkan...hihihi. Apapun SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011