Monday, October 24, 2011

Tangisan Anak Kecil

Salam


Entry kali ni aku nak story pasal anak arwah kakak aku. Nama dia Muhammad Adam Wafi. He's adopted child kakak aku since he's 2 months years old. Adam amat disayangi dan dikasihi arwah akak aku...adam ni xla seperti kanak2 lain coz dia menghidap Autisme tapi berkat kesabaran didikan arwah akak aku..dia boleh bercakap dan berjalan pada usia yang agak lewat dari kanak2 yang lain. Aku amat simpati dan sedih mengenangkan nasib adam yang kehilangan tempat bermanja pada usia yang begitu muda (6 tahun). Sejak akak aku dimasukkan wad, setiap kali dia datang melawat dia akan pergi ke katil ibunya dan berdoa "Ya Allah, selamatkanlah ibu aku". Luluh hati setiap pelawat yg datang ziarah akak aku...aku apatah lagi!!Nangis dan nangis saja coz i'm know the way yg bakal adam lalui jika apa2 berlaku kat kakak aku!!Lepas dia berdoa dia kan jumpa nurse yg dia sendiri panggil dktor.Dia akan cakap.."doktor bole tak saya bawak balik ibu saya!!!". Adamm...jgn la mcm tu!!!sedihh toksah cakap la...2 hari ibunya dimasukkan wad dan 2 hari jugak la ibu dia xbercakap ngn dia..keadaan adam amatlah tidak terurus. Baju lain seluar lain..ye lah, aku sendiri pun masih terkejut ngn apa yg berlaku coz selama ni totally 100% kakak aku yg uruskan dia kecuali sakit demam adam xpun pembelian peralatan harian adam adalah jugak akak aku mtk temankan dia. Ubat dia serta makan minum dia mmg akak aku yg uruskan..Sehingga lah ibu adam kembali menghadap Illahi, dia masih mahu ibu dia peluk dia seperti selalu sebelum dia tdo. Tgn ibu yg di Qiammkan diambil dan di bawa ke dadanya dan minta ibu dia lakukan seperti slalu. Adam...sungguh tidak mengerti yg ibunya telah pergi..Disaat ibunya dikapankan, menangis2 dia kerana ibu janji nak pulang tapi napa ibu tdo!!!Adam..ibu xtdo dik, ibu telah pergi...Ya Tuhan!!!Napa la ko ambil ibunya tika ini. Dugaan baginya untuk lalui kehidupan tanpa ibu...Saat ibu dibawa ke tanah perkuburan, tika itulah adam menyatakan yang "adam sayang ibu!ibu adam sayang ibu!!". Menangis sedara mara didalam van jenazah bila terdengar kata2 adam...Sampai la disaat2 kami akan meninggalkan ibu adam seorangan menghadap illahi, adam menangis mendakap batu nisan mengajak ibu balik bersama...Hanya abang ipar aku saja yang mampu memujuk adam sbb sedara mara yang lain semuanya menangis melihat adam yang meratap pilu ibu telah tiada...Tapi satu sifat adam yang terpuji yang xpenah nampak pada kanak2 lain yang seusia dgnnya. Setibanya jenazah ibu dari hospital ke rumah aku pada malam 7hb Oktober...setiap saat setiap minit adam akan mengaji disisi jenazah ibunya walaupun xsemua bacaan yassin betul susunnya. Jemu baca yassin, dia akan mengaji ayat2 suci Al-Quran sehinggalah ibunya dibawa untuk dimandikan dan dikapankan besok hari...Datang lah sedara-mara dari mana pun..dia tak kisah, yang dia kisah..aku nak baca yassin utk ibu aku!!!Tinggallah dunia mainan dan kejar2 mengejar dengan sepupu sepapat sbb korang masih ada ibu..tapi AKU?




I'M SO PROUD OF YOU, ADAM!!!

Saturday, October 15, 2011

Al-Fatihah...

Salam....



Entry kali nii agak la sedih sebenarnya nak story kat sini..tapi rasanya elokla aku kongsi ngn kamu2 diluar sana macam mana perasaan bila hilangnya sorang kakak yang telah kembali ke rahmatullah dalam sekelip mata..Kejadiannya pada 6hb Oktober 2011. Masuk je opis dalam kul 830pagi, aku dapat call dari abg ipar mengatakan kakak rebah depan bilik air dan sudah tidak bercakap lagi..astafirullahalazim..terkejut yg amat pada masa tu...tanpa berlengah trus ku bagitau kepada penyelia yg aku perlu keluar kejap pergi umh kakak..nasib la aku mempunyai seorang penyelia yg memahami. Bila sampai je kat umah kakak yg mengambil masa 10minit.kebetulan umah kakak ngn opis xla jauh sgt..masa sampai je umh dia tu, tgk je keadaan dia,amat la menyedihkan sbb dia dh terkulai layu dan dah xsedarkan diri. Panggil pun dah tak bersahut. Apalagi, terus aku call ambulans. Ambulans pun datang utk bawak kakak ke Hospital. Masa tu tekanan darah dia amat2 lah tinggi 249/139..Ya Allah!!!dan gula dalam darah dia 20.Nauzubillah....Terus masuk kecemasan dan dktor maklumkan yang kakak aku perlu dibuat Ct Scan iaitu scan otak samada otak dia mengalami pendarahan atau tak semasa jatuh. Keadaan dia amatlah tidak stabil dengan tekanan darah yang tinggi dan gula yg amat tinggi. Takdir telah menentukan segalanya, Ct Scan tak boleh buat di Hospital berkenaan kerana mesin tersebut rosak ketika banjir besar yang melanda Perlis dulu, so terpaksa la kakak dibawa ke Putra Medical Centre di Alor Setar. Tepat jam 1 ptg, dktor mencari seorang waris untuk ikut bersama dalam ambulans. Perjalanan akan mengambil masa selama sejam dari Kangar ke Alor Setar. Sekali lagi Allah Maha mengetahui perasaan aku waktu itu bila dalam perjalanan jantung kakak berhenti berdenyut..Ya Allah...aku mampu menangis ketika itu.Doa saja dlm hati mintak2 xder apa yg berlaku..Ingin menafikan apa yg berlaku tapi kejadian didepan mata amat2 mencemaskan dimana doktor dan nurse menjadi kelam kabut untuk buat jantung kakak berdenyut kembali dengan keadaan yg sempit didalam ambulans dan kelengkapan yg terhad. Kuasa tuhan..alatan yang dibekalkan didalam ambulans walaupun telah diuji sebelum bertolak tadi, tetiba dalam perjalanan semuanya tidak berfungsi.. Ya Allah..apakah dugaan ini?Kakak terus dibawa ke Hospital Alor Setar untuk rawatan kecemasan. Dktor tak syorkan PMC lagi kerana keadaan dia amat2 tidak stabil dengan keadaan jantung dia yg lemah...Sampai saja di Hospital Alor Setar, terus dibuat MRI dan CT Scan. Keputusannya amat2 mengejutkan.Separuh dari ruang otak kakak telah dipenuhi darah beku disebabkan oleh tekanan darah yang amat tinggi.Dktor memaklumkan lagi, operation untuk buang darah beku didalam otak tersebut tidak akan dibuat lagi memandangkan keadaan jantung dia yang telah berhenti berdenyut selama 20minit semasa dalam ambulans tadi. Beribu sel otak kakak telah mati dan sekarang doktor bleh klasifikasikan kakak KOMA!!!Ya Allah....luluh jantungku waktu itu. Hampir rebah aku dilantai...agak tidak boleh menerima kenyataan dimana kakak ku yang hari2 aku tgk, akhirnya begini jadinya...Siap saja keputusan dan penerangan tersebut, kakak terus dibawa pulang ke Hospital Kangar dan ditempat di wad untuk pemantauan rapi. Segala macam mesin dipasang. Aku tidak berkutik jauh darinya.setiap masa setiap saat aku bersamanya. Aku memang tak percaya apa yang berlaku. 2hari kakak bertarung nyawa di wad tersebut..genap 9.50 malam 7hb Oktober 2011, kakak yang aku ada selama 26tahun usiaku kini telah kembali menghadap illahi..Pada ketika itu, aku tidak mampu lagi untuk menangis meratap perginya dia kerana aku masih tidak percaya dan berharap agar semua itu mimpi belaka..tapi semuanya hampa!!!Benar..ianya realiti kakak ku yang berusia 38tahun telah kembali ke rahmatullah.Alfatihah...