Saturday, October 15, 2011

Al-Fatihah...

Salam....



Entry kali nii agak la sedih sebenarnya nak story kat sini..tapi rasanya elokla aku kongsi ngn kamu2 diluar sana macam mana perasaan bila hilangnya sorang kakak yang telah kembali ke rahmatullah dalam sekelip mata..Kejadiannya pada 6hb Oktober 2011. Masuk je opis dalam kul 830pagi, aku dapat call dari abg ipar mengatakan kakak rebah depan bilik air dan sudah tidak bercakap lagi..astafirullahalazim..terkejut yg amat pada masa tu...tanpa berlengah trus ku bagitau kepada penyelia yg aku perlu keluar kejap pergi umh kakak..nasib la aku mempunyai seorang penyelia yg memahami. Bila sampai je kat umah kakak yg mengambil masa 10minit.kebetulan umah kakak ngn opis xla jauh sgt..masa sampai je umh dia tu, tgk je keadaan dia,amat la menyedihkan sbb dia dh terkulai layu dan dah xsedarkan diri. Panggil pun dah tak bersahut. Apalagi, terus aku call ambulans. Ambulans pun datang utk bawak kakak ke Hospital. Masa tu tekanan darah dia amat2 lah tinggi 249/139..Ya Allah!!!dan gula dalam darah dia 20.Nauzubillah....Terus masuk kecemasan dan dktor maklumkan yang kakak aku perlu dibuat Ct Scan iaitu scan otak samada otak dia mengalami pendarahan atau tak semasa jatuh. Keadaan dia amatlah tidak stabil dengan tekanan darah yang tinggi dan gula yg amat tinggi. Takdir telah menentukan segalanya, Ct Scan tak boleh buat di Hospital berkenaan kerana mesin tersebut rosak ketika banjir besar yang melanda Perlis dulu, so terpaksa la kakak dibawa ke Putra Medical Centre di Alor Setar. Tepat jam 1 ptg, dktor mencari seorang waris untuk ikut bersama dalam ambulans. Perjalanan akan mengambil masa selama sejam dari Kangar ke Alor Setar. Sekali lagi Allah Maha mengetahui perasaan aku waktu itu bila dalam perjalanan jantung kakak berhenti berdenyut..Ya Allah...aku mampu menangis ketika itu.Doa saja dlm hati mintak2 xder apa yg berlaku..Ingin menafikan apa yg berlaku tapi kejadian didepan mata amat2 mencemaskan dimana doktor dan nurse menjadi kelam kabut untuk buat jantung kakak berdenyut kembali dengan keadaan yg sempit didalam ambulans dan kelengkapan yg terhad. Kuasa tuhan..alatan yang dibekalkan didalam ambulans walaupun telah diuji sebelum bertolak tadi, tetiba dalam perjalanan semuanya tidak berfungsi.. Ya Allah..apakah dugaan ini?Kakak terus dibawa ke Hospital Alor Setar untuk rawatan kecemasan. Dktor tak syorkan PMC lagi kerana keadaan dia amat2 tidak stabil dengan keadaan jantung dia yg lemah...Sampai saja di Hospital Alor Setar, terus dibuat MRI dan CT Scan. Keputusannya amat2 mengejutkan.Separuh dari ruang otak kakak telah dipenuhi darah beku disebabkan oleh tekanan darah yang amat tinggi.Dktor memaklumkan lagi, operation untuk buang darah beku didalam otak tersebut tidak akan dibuat lagi memandangkan keadaan jantung dia yang telah berhenti berdenyut selama 20minit semasa dalam ambulans tadi. Beribu sel otak kakak telah mati dan sekarang doktor bleh klasifikasikan kakak KOMA!!!Ya Allah....luluh jantungku waktu itu. Hampir rebah aku dilantai...agak tidak boleh menerima kenyataan dimana kakak ku yang hari2 aku tgk, akhirnya begini jadinya...Siap saja keputusan dan penerangan tersebut, kakak terus dibawa pulang ke Hospital Kangar dan ditempat di wad untuk pemantauan rapi. Segala macam mesin dipasang. Aku tidak berkutik jauh darinya.setiap masa setiap saat aku bersamanya. Aku memang tak percaya apa yang berlaku. 2hari kakak bertarung nyawa di wad tersebut..genap 9.50 malam 7hb Oktober 2011, kakak yang aku ada selama 26tahun usiaku kini telah kembali menghadap illahi..Pada ketika itu, aku tidak mampu lagi untuk menangis meratap perginya dia kerana aku masih tidak percaya dan berharap agar semua itu mimpi belaka..tapi semuanya hampa!!!Benar..ianya realiti kakak ku yang berusia 38tahun telah kembali ke rahmatullah.Alfatihah...

No comments: