Sunday, December 25, 2011

Lunch Timeeee......






Arini mak nak hapdate sal lunch time kitaorang on last Thursday...Gila lamanya baru nak buat entry ni....hakhakhak!!Sibuk la weh..ape yang disibukkan aku pun xpasti..Korang baca la entry kot2 dapat sumber inspirasi yang nak gi lunch ke nak gi dinner ka ini ari..Serius cakap, kek-kek kat Secret Recipe ni membolehkan anda dan anda sekalian datang 2. 3 kali after this selepas mencubanya..Lagipun....Kerajaan baru saje dapat GAJI + BONUS kannnn, so mood pun happy la kan..nak plak bujang cam haku..kihkihkih....jeles takk?Takde la perabihkan duit berbelanja sakan tapi alhamdullilah la dengan pemberian bonus tu..dapat la jugak menampung dan membantu perbelanjaan yang makin bertambah ni kan...sekali sekala tak salah kalau kita nak rewardkan diri kita yang dah penat bekerja dengan sesuatu yang BESHHHHH!!!!Bak kata sorang besties la..Kak Ann!!!Secret Recipe ader promosi sempena Christmas from 1 December until 1 January 2012..tapi kami tak amik pun yang promosi tu coz kami lagi dan lagi nak tambah kalori with all cheese food...pastu kecoh satu pejabat...GEMUK!!!!



sorang budak yang sudah tak ketahanan kelaparan



Antara menu yang kita0rang order.....











*prawn macaroni with cheese dan yang satu lagi tu luper plak apa ke namanya..tapi yang pastinya memang ader cheese jugak...










*New York cheese cake








*2 glasses Apple Kasturi and 1 glass Orange Apricot Slushie








~







~







~







~








Korang layan gambar kitaorang yang bessttt kat Secret Recipe ni yerr!!Muka setelah penat bekerja 5jam bekerja....(duk dalam econ pun penat kerr!!!)






* Kak Nawal and me






*me and Kak Ann







Them....







happy with our meals...Chilll bebeh!!! Nanti kita buat lagi camni...hakhakhak.






























Nasi Ayam Paling Simple....

Cuti 3 hari xtau nak buat ape kan..Meh la cuba masak nasi ayam untuk seisi keluarga...Cara membuatnya amatlah mudah dan bahan-bahan untuk menyediakannya pun tak la rumit sangat dan yang pastinya menjimatkan kos...Sape suke..tekan like!llike!like!!..Gilo!!!ingat ni mukabuku ke??hahaha..whatever la...korang try resipi ni, klau jadi...antar umah aku sepinggan.nak alamat ker?

Bahan-bahan Utama ( 6 org mkn kot.. )
1 Ekor ayam-belah 4, bersih n tos





Bahan utk perap ayam
-4 sudu besar sos cili
-3 sudu besar kicap manis
-2 ulas garlic-tumbuk halus
-garam n gula-perasakan-elok manis skit

Bahan utk sup

-2 ulas bwg putih, ketuk
-1 btg serai-ketuk
-1 inci halia-ketuk
-1 sup bunjut

Bahan utk cili
- 3 bijik tomato masak
-3 ulas bwg putih
-3 biji cili merah
-4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
-cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
-garam n gula,-sesuaikan

Cara-cara Membuatnya:





1.Lepas bersih ayam, rebus ayam dalam air yg byk (air rebusan ayam ni nanti boleh bt sup, dan masak nasi) ADD ON bawag putih, serai yang diketuk, dan sedikit garam






2.Ayam yang direbus tadi agak dah masak terus angkat. Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.yang lebih biar dalam periuk, tambah serai dan sup bunjut. perasakan-nah! sup dah siap(biar mereneh sekejap)






3. Untuk nasi plak.. tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) THEN masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..).... basuh beras, masuk dalam rice cooker, on je rice cooker, nasi pun dh siap..JANGAN lupa ,masukkan daun pandan yg disimpul skali,baru nasi ni wangi..






4.Perap ayam yang direbus tadi ngan Bahan untuk perap ayam ADD ON bawang Putih -perasakan ngan garam dan gula...tapi biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.make sure guna penyepit n sudu,jangan guna tangan yer..coz bahan perap ayam ni kita leh buat sos kicapnya..






5.Untuk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..






6.Dah agak 1/2 jam. goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil






7.Untuk sos kicap plak-ambik bahan perapan ayam tadi, tapis n tambah kicap jika perlu. perasakan.






8.Bleh makan ngan timun, salad dan tomato hiris. senang je kan.. rasa pun lain dari yang lain.. try la klau x pecaya








credit to city di myresipi.com coz bagi resipi yang senang nih!!!

Wednesday, December 21, 2011

Checklist before year end....

Hye readers...


everyday countem year end..xtau la napa.rasa cepat sgt tahun 2011 ni berlalu...taun depan naik lagi wehh satu angka usia..itu yg xleh terima kenyataan..naik satu usia tapi masih SINGLE but NOT AVAILABLE!!!camner tu nak clasified?hehehe


Nak hampir2 penghujung tahun ni...ape korang nak buat utk the next cuti 3 ari yang akan kunjung tiba ni?Aku cam biasa la kan...life as usual nak FINALLLLLL XZAM niii...mak aihhh...baca buku Ethnic,ingat Corporate...study corporate ingat portfolio...lama2 biul otak..ehh mintak2 simpang la coz i've to go 32 years more to be government servant!!!!ohh lambat lagi nak pencen....


Bebel je kan aku nihh..mcm makcik2 plak...Jom tgk checklist aku kot2 korang pun ader yang tak clear lagi sebelum hujung tahun..




  • Gunting rambut yang panjang dan merimaskan nii...(xpanjang sangat pun, tapi dari kecik sampai besar..klau aku bole simpan rambut panjang,terkejut org kampung hairan anak sapa la tu)


  • Amik baju kat tailor...aku rasa tailor aku tu dah penat menunggu aku buat collection baju..dah 2 bulan siap xpegi amik lagi..sorry kak bukan sengaja, tercicir resit xtau kat mane...dah tua,warna baju pun dah xingat..camner nak gi amik


  • Hantar comforter kedai dobi...hurmm yang ni rasanya, dari tengah tahun aritu nak buat, tapi tak buat2 jugak..comforter dah bertukar kaler pun..klau campak sungai, aku rasa ikan semua naik darat....terkejut napa air tetiba keruh!!!hahaha


  • Gi Pesta Penang....ahhhh nyempat2 lagi aku ni nak pergi pesta Penang tu dengan keadaan cuaca yang sat hujan sat cerah sat mendung...macam la aku pegi tu aku nak main semua.Ah tak kira, nak pegi jugak!!!


  • Ombak Rindu..sob!!sob!!!orang dah semuanya dah nengok citer ni...tapi haku??dak tengok lagiii...mood:sentap jap la!!!


Sempat ke idakkk aku xtauu ler nak settle urusan2 niii sebelum YEAR END!!!!Mcam la tahun depan xleh buat kan..Over tullll..tapi tahun depan aku lagi la sibuk 2 kali ganda...Tunggu update kesibukan aku tahun 2012...HOKEHHHH

Monday, December 19, 2011

Sampai Syurga...

Malam ni xtau nak buat hape..search la internet tgk2 youtube kot2 ada yang best..bukak la lagu2 faizal tahir sekali terdengar lagu ni..SAMPAI SYURGA.Teringat masa kelas seminar sesi ke 3 aritu..ader la member kelas buat persembahan selama 5 minit nyanyi lagu ni..Pompuan kay yang buat persembahan tu...she's singing this song!!!memang rasa meremang la bulu roma bukan sebab takut ye cik2 puan2..tapi meremang sebab suara dia memang sedap cammmm artiss kau!!satu kelas terdiam menghayati nyanyian dia tu..she so cute and a litle size but her voice make us so terrrrrkagummm!!!rugi rasanya aku xamik video dia nak tunjuk kat korang kan..tapi xpe la..korang layan la penyanyi sebenar lagu ni...



Ku membenarkan jiwaku

Untuk mencintaimu

Ku persembahkan hidupku

Untuk bersama kamu


Dan diriku untuk kamu

Belum pernah kumerasai begitu


Semua itu telah berlalu

Harapanku palsu

Dan mungkin hari yang satu

Terus ku tertunggu


Di hatiku masih kamu

Belum pernah ku ingin terus memburu


Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu


Namun aku tetap aku

Yang terbaik untuk diriku

Hanya satu

Hanya kamu


Ku membiarkan hatiku

Untuk merinduimu

Ku menghamparkan sakitku

Untuk tatapan kamu


Bersamamu harapanku

Hilang dalam terang yang membutakanku


Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu


Sampai syurga ku menunggu

Sampai syurga ku cintamu

Hanya kamu


Dan segala yang ku ada

Ku berikan semua

Untuk dirimu saja


Ku mahu dirimu

Bahagia untuk selamanya

Biar sampai syurga

Aku menunggu cinta darimu

Agar ku sempurna


Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu

Namun aku tetap aku

Yang terbaik tuk diriku


Hanya satu


Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku

Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu


Sampai syurga ku menunggu

Sampai syurga ku cintamu

Hanya kamu



Faizal Tahir - Sampai Syurga

Sunday, December 18, 2011

Ahad...

Pagi Ahad ramai anak-anak sebut, "ahad mak, Ahad" bila maknya kejut supaya bangun Subuh, sembahyang Subuh, Ahad jugak. Entah-entah bukan budak-budak je, bapak budak pun sama. Emak budak pun sama. Anak budak apatah lagi. Bila si isteri kejut si suami...

"Bang, bangunlah bang, Subuh dah bang....."

"Ahad Mah.. Ahad"

Yalah tu..

Hei bangunnlah. Ayam dah bangun, itik dah bangun. Burung dah keluar cari makan. Semut yang ada dalam rumah tu pun tak penah tidur, tak pernah berehat. Itu semut...itu itik...itu ayam...itu burung...dia "orang" (binatang) tak reti cakap Ahad..Ahad..Ahad....


Kepada anda yang bekerja pada hari Ahad, syabas dan tahniah!!!Bukan semua orang boleh buat macam anda. Cuba ikhlaskanlah apa yang anda lakukan itu...

Credit tu:buku bertajuk Jangan Main-Main

Friday, December 16, 2011

Neno!Neno!Neno!

Bleh tumbang dan telentang dan bangun duduk balik dan tumbang sekali lagi..U know why?once again..final xzam kena satu hari 2 paper..Ya Ampunnn!!!dua2 calculation plak tu dan very-very tuff paper..silap2 aku jadi curry puff!!!ohh nan mungkin!!!
Sabar mira sabar...struggle from now!!!ish2...banana fruit two times ni wehh...sem lepas mcm ni jugak, paper teori dan sikit la calculation kena sebelah pagi dan petangnya pure calculation...dan hasilnya, last minit terpaksa la drop that paper coz xmau jadi REPEATERS!!!
Semni klau buat jugak camtu..duk nampak2 dah duit nak terbang RM400....ohhh tidakkk la. Silap2 haribulan kena sekeh sbb dah 2 kali buat perangai camtu kan...hihihi
By hook or by crook shamira, u need to sitting it and faced it!!!haishhhh....
Dah nak sgt blajar kan..kena la hadapi apa2 kemungkinan yg bakal dan akan terjadi kan...ditambah plak time final xzam ni pejabat tengah menghadapi situasi CLOSING AKAUN!!!bolehh kerr aku nak focus mcm2 hal ni...dah la mcm tu, Pejabat jugak nak berpindah ke pejabat baru diwaktu yg sama..banyakk jugak la cabaran nak final xzam kali ni!!!


D.U.G.A.A.N

Tanda Lelaki Sayang kita... :)







Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Friday, December 9, 2011

Stresss la omakkkk...

Hye u oallss...



Sori la aku xsempat nak hapdate blog aku ni..kepada readers yang rajin jenguk blog aku ni tima kasih la bebanyak...tanpa korang siapalah aku!!!cewaahhh ayat artis la pulak..


Minggu ni aku amatlah stress yang amat...manakan nak siapkan assignment coz aku ada kelas on 11hb Disember. Dah la kelas seharian dari 830pagi sampai la 630ptg..hadoiiii haiii...4 test, 3 assignment...test tu plak teori siap didatangkan ngn package lagi ada pulak calculation..No open book kay!!!adoyaiiii...tang mana la aku nak buat semua tu..balik keja pun dah malam.sampai umah ja kena settle keja umah dulu mengemas membasuh menyapu...tup2 dah penat, terus tdo..tapi tu jalan yang telah aku pilih. Nak x nak aku kena teruskan jugak...


Keja kat pejabat plak mggu ni mmg menguji kesabaran la sbb mcm2 report HQ mintak..Ya Allah berilah aku kekuatan utk menempuh segala dugaan yang KAU berikan. Tahap kesabaran pun boleh goyang klau mcmni. Korang2 yang penah bekerja dibahagian kewangan, mereka2 akan tau macamna kesibukannya menjelang Disember setiap tahun.. Panadol 8 papan pun xcukup nak dibandingkan pening pala yang akan dihadapi..Aku mcm taknak dah bukak emel jabatan..bukak ja emel..ayat pertama yg appear "sila sediaka......".oh tidakkkk!!!yang korang bagi semalam pun xsempat siap lagi,arini korang mintak report lain plak...tu report melalui emel..xmasuk lagi report yg diminta melalui phone...rasa mcm nak ja cabut wayar tepon tu..jgnla kasi HQ call cari aku... Bila badan kita dah letih dengan urusan dipejabat..otak byk digunakan untuk memikir...badan pun jd xbermaya.Camna la nak siapkan assignment pada mlm hari..asal bukak je buku..membongkang tdo..penat wehhh...sedar2 dah 630pagi hari besoknya...hadoiiii...


Nasib la aku ni mempunyai abah yang memahami keadaan anak dia..abah aku la byk uruskan makan minum mak aku yang telah 5tahun menghidap penyakit stroke...jalan xleh gi toilet sendiri pun xleh tapi mak aku seorang yang kuat semangat...dia boleh suap makanan sendiri mengunakan tgn kiri....Bila tgk senyuman mak aku ja...aku jadi kuat utk harungi liku2 hidup yng xpenah abis diduga ini...


Aku jugak dihadiahkan kawan2 yang memahami kesibukan tugas aku dipejabat. Dengan adanya mereka, dapat jugaklah meringankan tugas2 aku. MAKASIH bebanyak kwn2..Setiap yang berlaku ada jalan yang telah dipermudahkan oleh Allah...aku juga mempunyai bos2 yang amat memahami kisah hidup aku yang amat pack jadual ni.TIMA KASIH semua...


Pada si dia yang amat memahami tugas dan karier aku yang sememangnya amat sibuk dengan laporan2 ni...MAKASIH jugak...




TANPA KALIAN SEMUA...aku xkan berdiri sekuat ini!!!

Monday, December 5, 2011

Kamu Dewasa KALAU...






  • Saat mengalami kegagalan kamu tidak mudah menyerah sebaliknya menjadikan kegagalan tersebut sebagai satu pengajaran..





  • Tetap tenang dan sabar di saat berhadapan dengan masalah. Kamu tahu masalah tidak dapat dise;esaikan andai kamu terus menrungut.





  • Bertanggungjawab dan bersedia menanggung sebarang akibat dari perbuatan kamu sendiri.





  • Kamu tidak pernah sombong atau bangga diri apabila diberi pujian.





  • Biarpun pedas dikritik namun kamu menerimanya dan anggap ia sebagai cara untuk kamu jadi yang lebih baik.





  • Berhubungan baik dengan semua orang tanpa memilih pangkat atau kedudukan seseorang.

Saturday, December 3, 2011

Adam Nak KE School...

Ko tgk muka best adam tu dapat minum calsium pagi2!!arini adam kena mendaftar kat Sekolah Sena as Murid Darjah Satu..Aku siapkan dia pukul 8 pagi lagi. Arini mood dia agak baik skit la...coz aku bawak gi mandi pun xngamuk2 bila disiram air yang nan sejuk tu...Pakai baju pun xbanyak songgeh..On the way nak g school tu aku singgah la 7e jap utk sogok dia sebotol vitagen dengan harapan dia xbuat hal la jap lagi bila cikgu panggil suh masuk kelas..Alhamdullilah sampai je school memang dia tak ngamuk aka meradang cam ari yg dia attend konvokesyen pra sekolah aritu. Klau tak...tahap kesabaran boleh terbang wooo...Arini maybe dia excited sbb baju baru, kasut baru, seluar baru memang semuanya baru la...





Adam perlu jalani satu ujian untuk menentukan tahap penguasaan menulis, membaca, mengira dan men apa tah satu lagi. aKU PUN XINGAT!!!HAHAHAHA...Waktu org bagi taklimat,ada la yang masuk dalam memory ada la jugak yang terbang dibawa angin..weeee!!!Sejam Adam diuji, dan sejam jugak la aku kena dengar taklimat bagi ibu2 bapa2 murid darjah satu. Macam aku plak ada anak darjah satu...layankan jer lah!!!










Muka poyo nak masuk kelas!!!Macam upin ipin la ko adam!!terpengaruh ngn tv banyak sangat ko ni...Nasib xder si aiman becok tu!!!klau x, abis la kena sound...hahahaha.Ko jangan buat hal ye dik...klau tak, maklang ko yang nangis dulu takut kena marah ngn cikgu...










SEKIAN

Thursday, December 1, 2011

1hb Disember sudahhh...

Salam..

Selamat pagi selamat menjamu selera!!pada korang2 yang tengah baca post aku pagi ni..udah2 ler tu!!!pegi la buat keja weh..dah 1 disember pun...kemaskini la rekod2, fail2 yang ada sebab xlama lagi dah..nak ke tahun baru!!!bak kata pepatah, tutup buku lama bukak buku baru..hehehe...bukan aku xsuka korang baca post aku..suka!suka!suka!! tapi baca la time lapang..eh2 kat opis ada ka time lapang?ape2 je la mira oii...





Waktu dipagi hari cam ni klau la dapat milo kaw yang panas sedap jugak kan!!!cehh..ko ingt ni kedai mamak pe!!O.P.I.S...opis!!kalu nak buat sendiri!hahahaha...




Korang2 sekalian, tinggal 30hari je lagi nak ke 2012.ish..ish..cepat kan masa berlalu?azam korang2 tahun 2011 camna,dah hampir 90% ke tercapai?me punya azam..huh..HANCUR BERKECAI DAN BERSEPAI!!!hahahaha..u know why?target 2011 nak kuruskan skittttt la badan dari skrg, tapi kpd korang yang dapat lihat aku scara live...xdernye kurus!!!makin BAM BAM adala..tipu semua kurus2 tu..yang paling tak tahan, nak kurus punya pasal beli bekung org bersalin utk ikat kat badan waktu malam..please dont try this at home coz TERSANGATLAH TIDAK SELESA MAU TIDO..sebab musababnya..dah la panas, nak tanggal punya la susah sbb berbelit-belit ngn tali..hohhhh!!!ape ke bendanya la aku nii...hahaha.




Azam aku yang kedua bagi tahun 2011 yang tak akan tercapai walaupun sehingga ke titisan terakhir 31 disember 2011 iaitu nak hilangkan jerawat...azam yang ni lagi bermimpi la wehhh nak tercapai..kerana taksubb nak ilangkan jerawat amikk kauuu....farmasi klinik salah kasi ubat..napalah aku xsaman je kan farmasi klinik tu!!!klau tak, xpayah susah payah kerja..makan duit saman tu je..nak2 plak aku saman RM 1 JUTA..amik ko!!!tutup klinik tu..haip!!xbaik mkn duit cara tu..setiap manusia ada khilafnya...takpa!kali ni aku maapkan but once upon a time day, jadi lagi camtu..skali ngn dktor skali ngn tuan punya klinik aku saman sampai bankrap..Dek kerana tersalah ubat tu..muka aku ni agak sensitip la skit skrg ni..xleh guna pencuci sebarangan xleh mkn sebarangan..ohhhh amatlah lecehhh weiii...untuk pengetahuan korang2, aku dah agak menyampahhsss ngn keadaan jerawat aku yang xpenah surut2 ni..aku buat BODO je..lantak ko la nak naik ke nak turun ke..malas lagi nak kesah!!!cehh..statement kat sini je tu..tapi dlm hati ada kesah..kihkihkih...




Untuk bulan disember ni..bagi sesapa yang diluar sana samada secara direct atau tak direct terlibat dalam bahagian kewangan...mereka akan tau nasib mereka setiap kali disember menjelang...i HATE DISEMBER!!hangpa nak tau pasai pa..






  • Perlu KEJAR MASA untuk closing akaun yang memang kadang2 tak nyempat2 nak closing




  • Segala macam REPORT AKAUN, disember la selalunya akan diminta bagi keseluruhan perakaunan sepanjang tahun




  • TIADA MASA LAPANG. Pergi keja ngn matahari..balik keja ngn bulan la jawabnya...memang xsempatnya nak klau nak gi jogging ka gi dating ka coz this month amatlah penting...


Bulan disember la jugak banyak sale coz mereka2 pun nak clear stock untuk buat FIFO dan LIFO for the next year..so buat la sale kat korang2 semua..tapi kepada haku yang tiada masa untuk attend jualan2 murah ni..tersangat2 la sedih.mood:sentap jap!!!




Apapun kan...seiring dengan kempen kerajaan TRANFORMASI!!mohh ler kita transform kan diri kita ke arah kebaikan. If taun ni kita tak bagus, tak gemilang dan terbilang..for the next year..perbaiki la kelemahan sedia ada, jadikan diri kita terbaik dimasa akan datang...so apa tunggu lagi...PERGI LA BUAT KERJA!!!kihkihkih...






Thanzzzz for readingg...