Saturday, January 28, 2012

Tuan Rumah Pembantu Rumah

Yuhuuu


Kali ni jom korang jadi cam aku...mengisi masa lapang ngn membaca novel!!!!hello cik shamira...we all xlayan kay novel2 cintan cintun tangkap leleh ni...Ayat xleh blah sebenarnya tuu..whatever la kan..tu naluri dan keinginan masing2..Ada aku kesah?takde kannnn...


So today, i would like to prebiew this novel to you di luar sana yang minat membaca macam akakkkk niii ye...tek rugi klau korang-korang beli novel nii..citer dia santai2 dan boleh buat korang gelak sorang2 bila terkenangkan watak Intan Asya Hanna yang sanggup bekerja jadi pembantu rumah gara2 merajuk ngn tunang dia yang selalu berlaku curang. Kat umah Asya bekerja tu plak ader la seorang doktor yang masih bujang bernama Emir Jihan. Dorang 2 orang ni xleh berjumpa..klau berjumpa je, mesti akan gaduh..like catdog!!!tapi yang bestnya bila time bergaduh asya ni akan mengeluarkan peribahasa yang tunggang terbalik dan boleh buat kita yang membacanya pun gelak sendiri...



Ni antara sinopsis buku ni...Layannnn...

Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?




Harga di Pasaran: RM 21.00(sem) & RM 24.00(sabah&sarawak)














2 comments:

Cik Aini Lavender's said...

wahhh same la kita,peminat novel,rs cam best je,x sabar ni nk g beli..awk dh bace buku novelis siti rusmizah?.

miamyra said...

hehehe...nanti bole la berkongsi sinopsis yg best2..belum lagi baca siti rusmizah punya buku!!!xsempat..nanti mira baca kayy