Wednesday, February 1, 2012

Korang ada PHD tak?

Salam....


Bila sebut saja penyakit AIDS dan kanser pasti ramai yg takut dan bimbang akan dijangkiti kerana korang tau penyakit tu agak sukar nak cari penawarnya kan...Sama ada korang sedar atau tak..ada lagi penyakit yang lebih BAHAYA dari 2 penyakit tu..PENYAKIT HASAD DENGKI atau in short form nya..PHD.

Kalau AIDS atau kanser, ada jugak tempat yg boleh dirujuk...tapi kalau ada penyakit yg satu ni..takde hospital pakar, tiada ubat dan tiada rawatan la oiii!!! Pun begitu, biarpun ramai yg tau PHD ini satu penyakit berbahaya, namun penyakit ni lah yang paling sukar untuk dibasmi.

Dari dulu sehinggalah ke hari ni tak pernah kurang orang yang menderita kerana PHD.

JOM kita screening sat samada korang ada tak penyakit ni!!!


Mungkin ada di antara korang yg keliru sama ada korang ni tergolong atau tak dlm kumpulan org2 yg menghidap PHD kan...Sebenarnya mendiagnosis gejala penyakit hasad dengki ini cukup mudah dan senang. Caranya ialah:-



  • Tanya pada diri korang sendiri, apakah korang termasuk dlm golongan org yg senang lihat org susah dan susah lihat org senang?

If ada di dlm hati tu jawapannya YA atau terdapat tanda-tanda kamu memiliki sifat yg di atas, boleh jadi korang ni termasuk dgn org yg terjangkit PHD ini. Kalau benarlah korang mewarisi penyakit berbahaya ni, sebaiknya BERUSAHALAH untuk mengikisnya.


Memang sukar, tapi korang harussss juga lakukannya kerna bila ianya dibiarkan, ianya akan terus kekal di dalam hati dan akan memberi kesan buruk dlm hidup.


KEBURUKAN PHD


1) Org yg ada PHD dalam hatinya, hidupnya tak pernah bahagia, jiwanya sentiasa menderita dan terseksa melihat org lain lebih daripada dirinya atau mendapat nikmat serta kejayaan. Dan sebaliknya dia akan gembira bila org lain susah dan gagal.


2) PHD boleh merosakkan hubungan sesama insan. Akan timbul di nanti..fitnah menfitnah, dendam mendendam, buruk sangka, mengumoat dan dosa-dosa lain yg akan menghapuskan segala kebaikan.

No comments: